BANGI – Malaysia pada masa ini sukar memberi dukungan awal kepada Lembaga Kemananan yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dikatakan untuk menangani krisis membabitkan Semenanjung Gaza serta wilayah berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini berikutan belum ada sebarang jaminan dalam menghentikan sebarang serangan terhadap rakyat Gaza di Palestin.
“Agak sukar melainkan ada jaminan yang betul dan baik serta ketegasan soal rakyat Gaza, pengiktirafan Palestin serta menghentikan sama sekali serangan ganas dan biadab oleh rejim Israel.
“Selain itu, bantuan kemanusiaan juga belum dipulihkan dan dilalukan (kepada rakyat Gaza). Jadi sukar untuk kita beri dukungan awal,” katanya kepada media selepas solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.
Media antarabangsa melaporkan, Presiden Trump melancarkan Lembaga Keamanan dan menyatakan akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menangani bukan hanya krisis di Semenanjung Gaza, malah di luar wilayah itu. – KOSMO! ONLINE














