fbpx
Tangkap layar sajak yang didedikasikan kepada Allahyarham Inspektor Khairil Azhar.

Sajak buat arwah Inspektor Khairil runtun hati warga VAT 69

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah sajak penghormatan kepada Allahyarham Inspektor Khairil Azhar, anggota komando elit VAT 69, mencetuskan gelombang emosi di media sosial apabila dikongsi secara meluas oleh warga keselamatan dan orang ramai.

Sajak itu menggambarkan pengorbanan Allahyarham sebagai wira negara yang gugur demi tanah air, termasuk keberanian beliau ketika Ops Daulat di Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

Selain dikenang sebagai pejuang di medan operasi, Allahyarham juga dihormati sebagai jurulatih payung terjun yang mendidik nilai disiplin, keberanian dan amanah, serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Pemergian Allahyarham dilepaskan dengan air mata dan doa, namun jasanya disifatkan akan terus hidup dalam keamanan yang dinikmati rakyat hari ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan penghargaan terhadap pengorbanan wira negara itu.

“Membaca sajak ini terus mengalir air mata. Terima kasih wira, aman yang kami kecapi hari ini bukan percuma,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Inilah harga sebuah keamanan. Al-Fatihah buat arwah dan seluruh anggota keselamatan yang berkorban tanpa meminta balasan,” jelas Khairul Zaman.

Sajak tersebut kini menjadi simbol penghormatan terakhir buat Allahyarham Inspektor Khairil Azhar mengingatkan rakyat bahawa keamanan negara tertegak atas keberanian dan pengorbanan anak bangsa.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI