PETALING JAYA – UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA).
Ini kerana kata Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, RUU tersebut hanya boleh dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.
“UMNO tegas berpendirian bahawa UMNO tidak menentang pembangunan bandar.
“Namun RUU URA ini perlu diperbaiki dan ditambah baik termasuk beberapa pindaan yang harus diperhalusi sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan
oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, jawatankuaa tersebut telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober tahun lalu.
Pada konvensyen itu katanya, sebanyak 14 syor dan cadangan penambahbaikan RUU URA telah diluluskan.-KOSMO! ONLINE














