fbpx
Pegawai polis itu memohon maaf kepada mangsa dan ibunya di Balai Polis Bueng Samphan. - KhaoSod

Polis raba gadis mengaku ‘tidak sengaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pegawai polis yang hampir bersara di Thailand membayar pampasan selepas didakwa meraba payudara seorang remaja  berumur 14 tahun ketika di bawah pengaruh alkohol, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di Bueng Samphan, wilayah Phetchabun, baru-baru ini. 

Dalam temu bual bersama stesen penyiaran Channel 7, ibu mangsa berkata, anak perempuannya sedang duduk bersendirian di meja makan sebuah kedai sambil menggunakan telefon bimbit. 

“Pegawai polis itu menghampiri anak saya dan meminta kad pengenalannya  tetapi mangsa tidak memilikinya semasa kejadian. 

“Dia kemudian menyentuh beberapa bahagian termasuk payudara. Saya menyaksikan kejadian itu dan pelaku berada di bawah pengaruh alkohol,” kata ibu mangsa. 

Ibu mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Bueng Samphan. 

Pegawai polis berkenaan merupakan seorang kapten yang baru berpindah ke balai itu dan akan bersara tahun depan. 

Pelaku membuat permohonan maaf kepada mangsa dan ibunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN