fbpx
HUSSEIN (tengah) menunjukkan ketulan simen mengandungi dadah jenis MDMA yang dirampas dalam serbuan di stor penyimpanan dadah yang beroperasi di sebuah rumah banglo di Jalan Tun Dr Ismail, Ipoh hari ini.

Polis bongkar taktik campur dadah dalam simen, dadah bernilai RM37.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Taktik licik sindiket penyeludupan dadah antarabangsa mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan bahan terlarang itu dalam campuran simen gagal, apabila kegiatan itu berjaya dikesan.

Dadah jenis MDMA seberat 618.24 kilogram (kg) yang telah diproses menjadi ketulan simen itu dijumpai dalam serbuan di stor penyimpanan dadah yang beroperasi di sebuah rumah banglo di Jalan Tun Dr Ismail, Jumaat lalu.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan yang membawa kepada rampasan dadah bernilai RM37.3 juta itu, seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil pemeriksaan di kediaman itu menemukan dadah jenis methamphetamine seberat 843.33kg dan 679.22kg cecair dan serbuk disyaki bahan kimia serta pelbagai peralatan memproses dadah.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan tempat letak kereta kemudiannya menjumpai 618.24kg lagi dadah yang diproses menjadi ketulan simen di mana analisis yang dijalankan mendapati bahan tersebut adalah dadah jenis MDMA.

“Ini adalah kali pertama kita menemui dadah yang disembunyikan di dalam simen walaupun pelbagai teknik pernah digunakan sebelum ini termasuk mencampurkan dadah dalam jus minuman, minyak zaitun dan kanvas,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI