fbpx
Chrigor meraikan jaringan bersama Faisal pada aksi menentang KTRW sebentar tadi. - Foto IQBAL ROSLI/KOSMO!

Piala Malaysia: Aura Faisal, Chrigor pacu Selangor ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC tidak mempunyai masalah untuk mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors (KTRW) dengan keputusan agregat 5-1 dalam aksi pusingan 16 malam ini.

Pada aksi kedua yang berlangsung di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah yang memiliki kelebihan 2-1 hasil kemenangan di Kota Bharu awal minggu ini tetap membariskan kesebelasan terbaik dengan Faisal Halim serta Chrigor Moraes mengetuai jentera serangan.

Pasukan tuan rumah kendalian Kim Pan-gon mendominasi sebahagian besar aksi pada awal perlawanan dengan mencipta beberapa peluang sebelum gol pertama diraih hasil penyudah berbisa Chrigor pada minit ke-19.

Jaringan tersebut menaikkan lagi semangat pasukan Merah Kuning untuk melebarkan defisit kelebihan dan kini giliran Faisal menambah derita pelawat apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, momentum Selangor FC sedikit terjejas selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pertahanan, Harith Haiqal dilayangkan kad merah pada minit ke-55 selepas menerjah pemain lawan, Albert Sang Kang.

Namun, situasi itu langsung tidak menjejaskan rentak tuan rumah apabila Chrigor yang menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat Selangor selepas menyudahkan hantaran Mohammad Abualnadi pada minit ke-66.

Keputusan 3-0 kekal hingga wisel penamat dengan Selangor akan menentang pemenang antara Imigresen FC atau Negeri Sembilan FC di peringkat suku akhir nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN