fbpx
TUJUH pemain warisan negara terpalit isu pemalsuan dokumen hingga menyebabkan mereka digantung dan denda selain masa depan karier semakin sukar.

Pemalsuan dokumen: Perlu segera tangkap, dakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAPAN dan pendakwaan terhadap individu dari luar atau dalam negara yang terbabit dalam isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya harus segera dilakukan.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, tangkapan dan pendakwaan mengikut undang-undang Malaysia perlu dilaksanakan terhadap mana-mana individu termasuk ejen luar sekiranya wujud salah laku membabitkan pemalsuan dokumen.

“Di peringkat kita kena sahkan perkara ini dengan menangkap, dakwa individu berkenaan dan saya percaya ini yang FIFA mahukan. Tidak mungkin orang biasa buat semua ini dan kalau (babitkan) ejen luar, gunakan khidmat Interpol.

“Kita percaya kepada polis kita dan sekarang kita tunggu tangkapan dan pendakwaan dibuat. Di peringkat FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) mereka tidak boleh sahkan ejen terbabit dalam isu ini atau pun jatuhkan hukuman.

“Kalau sudah dijatuhkan hukuman (di Malaysia) dan benar ada ejen berdaftar FIFA terbabit, FIFA boleh batalkan atau gantung lesen ejen berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua individu dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada FIFA.

Pihak polis telah menerima sebanyak 45 laporan polis, termasuk satu laporan rasmi daripada FAM, selain merakam percakapan 43 orang saksi melibatkan FAM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta saksi awam bagi melengkapkan siasatan.

Rusdi menjelaskan siasatan seterusnya kini memfokuskan kepada elemen penipuan dan pemalsuan dokumen semasa proses pendaftaran pemain serta pengemukaan dokumen berkaitan kepada FIFA kerana siasatan awal mendapati pemberian taraf kewarganegaraan dilakukan mengikut semua prosedur undang-undang sedia ada.

“Sekarang ini orang tidak mahu perkara sama berulang seperti kes simbah asid Faisal Halim berulang, tiada tindakan terhadap pelaku. Orang nak pelaku sebenar (isu pemalsuan dokumen) ditangkap dan didakwa,” kata seorang lagi pemerhati, Zakaria Rahim.

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC), Tun Md Raus Sharif sebelum ini turut memaklumkan ejen bagi tujuh pemain terbabit tidak dapat dikesan walaupun usaha yang munasabah sudah dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN