fbpx
PISILI meledak dua gol ketika Roma hampir mara ke pusingan 16 pasukan terbaik saingan Liga Europa membenam Stuttgart awal pagi semalam. - AFP

Liga Europa: Pisili bantu Roma benam Stuttgart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Pengendali AS Roma, Gian Piero Gasperini menganggap bintang muda pasukan, Niccolo Pisilli memiliki masa depan yang cerah selepas muncul wira untuk bantu pasukan menang 2-0 ke atas Stuttgart dalam aksi Liga Europa, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Pisilli yang berusia 22 tahun mempamerkan aksi bertenaga sebagai tonggak tengah apabila berjaya menjaringkan dua gol sekali gus meletakkan pasukan sebelah kaki ke pusingan 16 terbaik.

Kata Gasperini, keupayaan Pisilli untuk mengawal posisi tengah sangat hebat dan bakat yang dimilikinya hampir sama dengan dua bekas legenda pasukan, Marco Tardelli dan Claudio Marchisio.

“Pisilli sudah menunjukkan peningkatan drastik sejak musim lalu dan saya teruja dengan corak permainannya. Kini, dia semakin matang dan bijak menyudahkan peluang terhidang.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan gaya penyudahnya hampir sama dengan Tardelli serta Marchisio. Apa yang pasti, dia memberi nilai tambah buat pasukan dan harap dapat tampil konsisten selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Gasperini mengesahkan khidmat dua pemain baharu, Donyell Malen dan Robinio Vaz hanya dapat digunakan dalam saingan Liga Europa selepas pasukan layak ke pusingan kalah mati nanti.

“Sudah tentu saya kecewa kita tidak dapat turunkan pemain terbaik kerana Malen dan Vaz tidak dapat diturunkan. Beberapa pemain seperti Lorenzo Pellegrini terpaksa bermain di posisi penyerang kali ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI