fbpx
JENAZAH Allayarham Inspektor Khairul Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan di Kampung Bakar Bata di sini hari ini.

Jenazah pegawai 69 Komando selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jenazah pegawai 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairul Azhar Kamaruddin, 45, yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, Sabah semalam, selamat dikebumikan sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham Khairul Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan di Kampung Bakar Bata di sini pada pukul 6.10 petang.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), Ipoh.

Jenazah Allahyarham yang tiba pada pukul 3.20 petang kemudian dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Ulu Kinta untuk solat jenazah.

Hadir memberi penghormatan terakhir ialah Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh; Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am/Krisis Bencana), Datuk M. V. Srikumar; Komander Unit Tindakhas (UTK) Senior Asisten Komisioner Hisham Mahmood dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof.

Pengebumian jenazah Allahyarham dilangsungkan dalam istiadat pengebumian kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Fisol menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada anak sulung Allahyarham, Zharif Iman, 19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN