fbpx
Anwar menyantuni para jemaah selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Seksyen 8,Bandar Baru Bangi, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Batalkan dulu projek ladang babi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Projek pembangunan ladang babi di Bukit Tagar, Selangor yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri perlu dibatalkan bagi mengambil perhatian terhadap keresahan dan kebimbangan penduduk di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu ladang babi yang menjadi kontroversi itu turut dibincangkan bersamaa Jemaah Menteri.

“Kita berpandangan dalam isu ini bahawa isu persekitaran, keresahan rakyat pelbagai kaum di kawasan baharu (Bukit Tagar) itu harus diberi perhatian.

“Saya akan bincang dengan Menteri Besar Selangor supaya beri pandangan kalau boleh batalkan dulu projek itu dan pertimbangkan kawasan lebih baik dengan syarat teknologi terjamin.

“Kalau pun teknologi baik, tapi di kawasan timbul keresahan, tak wajar ia diteruskan,” katanya kepada media selepas solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8 Bandar Baru bangi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN