fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kumpulan penyerang itu melepaskan tembakan ke arah mangsa di padang bola sepak. - Newsflash

3 lelaki menyamar polis, tembak pemain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

QUITO – Sekurang-kurangnya tiga orang mati ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menyamar sebagai anggota polis dan menyerbu sebuah padang bola sepak di Ecuador, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di luar bandar pelabuhan Guayaquil, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi menunjukkan tiga lelaki berpakaian seperti anggota polis masuk ke padang cuba mengenal pasti sasaran mereka dalam kalangan pemain yang sedang bermain bola sepak. 

Selepas mengenal pasti sasaran, mangsa ditendang dan kepalanya dipijak sebelum suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat. 

Kumpulan itu melarikan diri tidak lama kemudian. 

Serangan berlangsung sekitar lima minit dan dua lagi mayat ditemui di sekitar tempat kejadian. 

Kumpulan penyerang dilaporkan memukul beberapa pengawal keselamatan komuniti, mengikat mereka dan mencuri senjata untuk melakukan jenayah itu, lapor akhbar El Universo.

Polis berkata, siasatan masih dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN