fbpx
Sirajuddin berucap ketika Majlis Media Besama JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

10 ajaran sesat dalam radar Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kira-kira 10 ajaran sesat dikesan masih aktif menyebarkan fahaman masing-masing di negara ini dengan sebahagian daripadanya dilaporkan mempunyai kaitan serta pengaruh dari luar negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, kesemua ajaran sesat itu kini berada dalam pemantauan pihaknya serta pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, corak pergerakan ajaran sesat terbabit lazimnya bermula di kawasan luar bandar sebelum menular ke kawasan bandar bagi menarik pengikut baharu.

“Biasanya mereka berkumpul di luar bandar dahulu, kemudian dibawa ke bandar.

“Ajaran ini juga tidak terikat dengan negeri tertentu kerana mereka akan beroperasi di lokasi yang dirasakan selamat dan mudah mendapatkan pengikut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Temu Bual Khas Bersama Pengarang Kanan Agensi Media, di sini hari ini.

Sirajuddin berkata, kebanyakan pengikut ajaran sesat terjebak dengan dakyah yang dibawa kerana keinginan untuk ‘cepat sampai’ ke makam lebih tinggi tanpa mengikut ajaran agama sebenar.

“Ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini terleka dengan amalan agama, kemudian mencari jalan singkat untuk ‘cepat sampai’ ke makam yang lebih tinggi. Di situlah mereka mudah terjebak,” katanya.

Beliau berkata, cabaran terkini menyaksikan ajaran sesat bukan hanya bersifat tradisional malah turut menyamar dalam bentuk program motivasi, pembangunan diri serta modul kerohanian, sekali gus menyukarkan pengesanan awal.

“Ada ajaran yang datang dalam bentuk motivasi atau program tertentu, namun hakikatnya membawa fahaman yang menyeleweng.

“Perkara ini memang dalam radar Jakim,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI