fbpx
Seorang wanita cedera terlibat kemalangan dengan sekumpulan kuda berkeliaran di Jalan Batang Kali–Genting Highlands, hari ini.

[VIDEO] Wanita cedera rempuh kuda terlepas di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang wanita cedera selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sekumpulan kuda yang berkeliaran di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.50 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika mangsa, seorang wanita berusia 47 tahun yang bekerja sebagai penyelia tukang cuci, dalam perjalanan dari Batang Kali menuju ke Genting Highlands.

“Apabila tiba di satu selekoh jalan berkenaan, penunggang motosikal terbabit dipercayai telah melanggar seekor kuda yang berada di atas jalan bersama sekumpulan kuda lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, katanya, mangsa mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kaki dan telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan lanjut.

“Seekor kuda dilaporkan mati di lokasi kejadian dan telah ditanam oleh orang awam,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Rule 33(1) LN 166/59 kerana meninggalkan binatang di jalan raya tanpa dikawal.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

@man_cemoi hati2 kuda terlepas #kuda #batangkali #gentinghighlands #hatihati #fypシ゚viral🖤tiktok ♬ bunyi asal – №₹m@ñ_89

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI