fbpx
Tangkap layar video Thread Ariefjaynal membantu seorang warga emas dipercayai berjalan seorang diri kerana mahu mencari makanan akibat lapar.

[VIDEO] ‘Pukul 2 pagi, auntie ni jalan menggigil lapar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang warga emas wanita dipercayai keluar rumah dengan berjalan seorang diri sekitar pukul 2 pagi, semata-mata mahu mencari makanan kerana kelaparan.

Wanita itu bernasib baik apabila terserempak dengan dua beradik lelaki yang kemudian membantunya membelikan makanan selepas kasihan melihat warga emas itu berjalan seorang diri.

Menerusi video dimuat naik pengguna Thread, Ariefjaynal, dia bersama adiknya terserempak dengan warga emas tersebut di kawasan perumahan mereka selepas pulang daripada berniaga.

“Ceritanya aku baru je balik meniaga pukul 2 pagi dengan adik, nak masukkan kereta dalam pagar rumah. Lepas tu nampak auntie (mak cik) ni jalan seorang, lepas tu terus datang dekat kereta aku.

“Aku tanya ‘auntie nak ke mana?’. Auntie tu jawab, dia lapar nak makan. Auntie tak makan lagi. Sempat juga aku tanya auntie duduk dengan siapa. Auntie tu jawab, duduk dengan anak, cucu.

“Tapi malam ni duduk seorang sebab anak pergi rumah mentua atau rumah mak saudara. Aku lupa dah. Tapi aku kasihan, aku tengok gigil dah auntie ni, sebab tak makan lagi kot,” katanya pada hantaran berkenaan.

Ariefjaynal berkata, dia kemudian kemudian membelikan nasi serta bekalan roti kepada warga emas itu.

“Memandangkan dekat rumah tak ada apa-apa, aku pergi lah kejap beli nasi kedai mamak. Sebelum tu, aku ajak auntie makan kat kedai, tapi dia tak nak, kata nak bungkus makan kat rumah.

“Aku suruh tunggu kat rumah sambil adik aku teman, nasib kedai Aceh ada yang buka lagi. Boleh lah beli roti sekali,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk memuji lelaki tersebut kerana prihatin dengan warga emas berkenaan.

“Ya Allah, semoga rezeki tuan akan terus mekar berkembang tanpa had,” komen Chaofayus.

“Terima kasih orang baik. Saya doakan rezeki anda terus lancar berterusan macam air zamzam,” kata Norehan.idrs. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI