fbpx
RODRI dilayangkan kad merah sekali gus menambah kesukaran untuk City mencipta kebangkitan ketika dikejutkan dengan kekalahan berdepan Bodo/Glimt. - AFP

UCL: Man. City terlekat badi derbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Kekalahan pada aksi derbi Mancester sebelum ini benar-benar memberi impak besar terhadap keyakinan Manchester City apabila mereka berdepan kekalahan paling mengejut pada saingan Liga Juara-Juara.

Awal pagi semalam, skuad kendalian Pep Guardiola itu dimalukan oleh kelab kurang ternama dari Norway, Bodo/Glimt 1-3 ketika mereka dianggap tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan pada aksi berkenaan.

Guardiola mengakui semuanya bagaikan tidak kena apabila mereka bolos dua gol dalam tempoh dua minit selain ketinggalan tiga gol dalam tempoh sejam perlawanan hingga menyukarkan usaha untuk mencipta kebangkitan.

Lebih malang, mereka juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila tonggak tengah mereka, Rodri dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 30 minit untuk berakhir untuk mereka pulang hampa.

“Kali ini adalah peluang terbaik untuk menebus kegagalan aksi derbi, namun segalanya tidak mengikut apa yang kami mahukan. Faktanya kami perlu mengubah keadaan dan pemain sudah pun mencuba untuk melakukannya.

“Saya tidak pernah ragu dan boleh terima semua ini. Manchester United adalah pasukan lebih baik pada aksi lalu, tetapi kali ini momentum yang menghukum kami,” katanya.

City kini hanya menang dua kali dalam tujuh perlawanan terakhir di semua pertandingan dan keputusan itu langsung tidak sinonim dengan kualiti yang ada pada The Citizens.

Sementara itu, bintang sensasi City, Erling Haaland tampil memohon maaf kepada penyokong ekoran prestasi buruk yang dihadapi pasukan itu selepas mencatat dua kekalahan berturut-turut.

“Saya tiada sebarang jawapan dan saya ambil segala tanggungjawab ini kerana tidak menjaringkan gol seperti yang diharapkan. Saya hanya mahu minta maaf kerana keputusan ini agak menyakitkan,” katanya.

Selain menamakan dirinya sendiri sebagai pemain yang perlu dipersalahkan ekoran kekalahan, Haaland juga menggesa beberapa pemain lain seperti Rodri, Gianluigi Donnarumma dan Tijjani Reijnders turut mengambil tanggungjawab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN