fbpx
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Seberang Perai Tengah, semalam.

Tokan dadah dicekup, rampas dadah MDMA bernilai RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kegiatan licik dua lelaki dalam sindiket pengedaran dadah jenis serbuk Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) di Seberang Perai Tengah di sini, sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan polis semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang hingga 12 tengah malam itu, polis berjaya menemukan dadah tersebut bernilai kira-kira RM1 juta.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, tangkapan melibatkan dua suspek berusia 33 dan 41 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak Oktober 2025.

Menurutnya, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang bermula kira-kira pukul 2 petang hingga 12 tengah malam.

“Serbuan pertama membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan di parkir kenderaan di kawasan Bukit Mertajam.Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kenderaan telah menemukan sejumlah besar dadah disyaki MDMA,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil rampasan melibatkan satu kotak berwarna coklat yang mengandungi pelbagai paket plastik hitam, putih dan lutsinar dengan jenama berbeza berisi serbuk disyaki MDMA.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 6.155 kilogram yang terdiri daripada ratusan paket kecil dengan pelbagai bungkusan dan warna, dipercayai untuk edaran pasaran tempatan.

“Hasil tangkapan awal itu membawa kepada serbuan susulan dan penahanan seorang lagi rakan sejenayah lelaki tempatan di kawasan berhampiran,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati sindiket tersebut dipercayai mampu membekalkan dadah kepada kira-kira 50,000 pengguna atau bersamaan 50,000 kali penggunaan.

Mohd. Alwi berkata, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis ketamin.

“Semakan rekod lampau turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu jenayah dan dadah.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN