fbpx
Mohamed Khaled (tengah) ketika meninjau kemajuan pembinaan tiga kapal LMS milik TLDM dekat Istanbul Shipyard di Istanbul.

Sebuah kapal sahaja boleh dibuat di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hanya sebuah kapal sahaja akan dibenarkan dibuat di luar negara manakala selebihnya dalam negara untuk projek pertahanan akan datang, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan untukmemanfaatkan kepakaran dan pengalaman tempatan apabila kapal itu dibuat dalam negara.

Bagaimanapun katanya, pembuatan kapal misi pesisir (LMS) di Turkiye berkemungkinan mempunyai pertimbangan tertentu.

“Kita percaya untuk projek akan datang, hanya sebuah kapal saja dibenarkan untuk dibuat di luar negara, manakala yang lain perlu dibuat dalam negara,” katanyandi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai projek LMS di mana kesemua kapal untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dibina di luar negara berbanding sebahagiannya dibina dalam negara ini.

Mohamed Khaled berkata, melalui Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan semalam, semua perolehan produk atau aset pertahanan perlu mempunyai 30 peratus komponen tempatan.

“Tiada pengecualian, maknanya syarikat yang nak masuk tender kena cari dan cukupkan 30 peratus komponen tempatan. Kedua, tidak boleh lagi ada MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) OEM (pembabitan pengeluar peralatan asal) daripada luar negara.

“Melainkan MRO yang dikendalikan oleh OEM itu adalah untuk masa warranty (jaminan) sahaja, biasanya satu tahun atau dua tahun. Selepas itu semua mesti dikendalikan oleh syarikat Malaysia,” katanya. – KOSMO !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN