KUALA NERUS – Setiap kali musim tengkujuh melanda, pemandangan 244 kilometer (km) pesisir pantai di Terengganu dicemari dengan lambakan sampah ‘import’ seperti plastik dan botol minuman terutama dari negara Vietnam dan Thailand. Dianggarkan 120 tan sampah terdampar di pesisir pantai negeri ini setiap kali Monsun Timur Laut (MTL) sehingga menjadikan keadaan itu di luar kawalan. Tinjauan di beberapa pantai peranginan seperti Pantai Tok Jembal dan Pantai Seberang Takir, di sini serta Pantai Pandak, Kuala Terengganu mendapati hampir 80 peratus sampah……














