fbpx
Keadaan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang terbalik selepas merempuh mangsa di Kilometer 4, Jalan Gua Musang-Sungai Terah di Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Petinju muay thai maut tercampak 40 meter dirempuh Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang petinju muay thai maut manakala rakannya cedera selepas mereka dirempuh sebuah trak pikap ketika sedang berjoging di Kilometer 4, Jalan Gua Musang-Sungai Terah di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.05 petang itu, mangsa, Mohamad Nabil Mohamad, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak kira-kira 40 meter di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun yang membawa dua pekerja buruh warga Myanmar dan Bangladesh dari arah Jalan Sungai Terah menghala ke Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh mangsa yang sedang berjoging bersama rakannya, Mustafa Musa, 25.

“Rakan mangsa cedera pada tangan dan kaki. Selain itu, pemandu dan dua penumpang trak pikap tersebut turut mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa dihantar Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI