fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek mengeluarkan wang dari laci di sebuah spa di Phuket baru-baru ini. - Facebook

Pelancong kebas duit dari laci spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Polis memburu seorang lelaki warga Jerman yang dirakam mencuri wang sebanyak 2,000 baht (RM260) dari sebuah spa di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) di sebuah spa di Talat Nuea, Phuket baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki kedai bersama dua rakannya, namun dia mencuri seorang diri.

Suspek pada awalnya duduk di kerusi sambil menggunakan telefon bimbitnya. Dia tiba-tiba bangun dan mendekati kaunter ketika seorang pekerja mengiringi pelanggan ke bilik rawatan. 

Dia kemudian membuka laci tunai dan mengeluarkan dua keping wang bernominasi 1,000 baht (RM129) lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya sebelum kembali ke tempat duduk. 

Selepas pekerja itu kembali ke kaunter, suspek mengajaknya untuk berbual dan berpura-pura bertanya tentang produk spa yang dipamerkan di kaunter untuk mengalihkan perhatian. 

Pemilik spa berkongsi rakaman CCTV itu di platform Facebook untuk mendapatkan bantuan bagi mengenal pasti identiti suspek. 

Mereka juga telah melaporkan kecurian itu kepada polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN