fbpx
Hantaran gambar memaparkan seorang jururawat menenangkan bayi.

‘Nasib baik jururawat datang tolong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang jururawat menenangkan bayi baru lahir sehingga tertidur di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @_ashinity, wanita tersebut berkongsi detik cemas ketika anaknya dimasukkan ke wad kanak-kanak beberapa minggu lalu.

Katanya, bergelar ibu buat pertama kali, dia tidak mengetahui punca bayi itu menangis tanpa henti sehingga menyebabkan dirinya keletihan mental dan fizikal.

Seorang jururawat kemudian tampil membantu mengambil anaknya, lalu menyapu minyak di perut dan mendodoi sehingga bayi tersebut tertidur.

“Anak saya yang baru lahir dimasukkan ke wad HTA beberapa minggu lalu. Sebagai ibu buat pertama kali dan nampak bayi dicucuk, disedut dan (menjalani) pelbagai prosedur lain memang menyayat hati. Malam tu dia meraung, menangis tidak henti dan tidak mahu tidur.

“Mungkin sebab kahak atau perkara lain. Saya sudah tidak tahu nak buat apa. Saya sudah penat fizikal dan mental. Ketua jururawat, Syuhada datang ambil anak sapu minyak di perut dan dodoi untuk hentikan  menangis dan tidur.

“Terima kasih banyak-banyak datang selamatkan saya. Semoga murah rezeki selalu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata mereka turut memuji sikap prihatin jururawat wanita tersebut.

“Tolong SisPAA (Sistem Pengurusan Aduan Awam) dia. Dia perlukan pengiktirafan juga. Selalu orang guna SisPAA untuk benda (perkara) negatif, kali ini guna untuk pujian pula,” kata Syahirah Azman.

“Saya kenal jururawat ini. Anak-anak saya pun dia memang jaga macam anak sendiri,” kongsi Vidhya Sankari.

“Memang susah kalau anak menangis dan tidak tahu apa punca. Nasib baik jururawat datang tolong,” komen Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN