fbpx
Antara minuman keras disyaki tidak bercukai yang dirampas di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman kelmarin.

FRU rampas arak, rokok seludup RM123,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya merampas minuman keras dan rokok disyaki diseludup bernilai keseluruhan RM123,000 dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, di sini pada kelmarin.

Serbuan terhadap sebuah premis perniagaan yang disyaki menjadi pusat penyimpanan barangan seludup itu dilakukan Cawangan Risikan FRU pada pukul 8 malam.

Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Komisioner Mohd. Fadhli Daud berkata, seorang suspek berusia 53 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

” Minuman keras pelbagai jenis termasuk diimport dari luar negara ini dipercayai tidak bercukai.

“Siasatan awal juga mendapati premis tersebut tidak memiliki lesen perniagaan sah untuk menjual minuman keras,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Fadhli berkata, bekalan rokok yang dijumpai juga dipercayai tidak bercukai.

Beliau berkata, nilai rampasan minuman keras dianggarkan RM111,258 manakala rokok pula RM12,336.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN