fbpx
DBKL merobohkan sebuah struktur kekal yang menjalankan aktiviti perniagaan vape tanpa kelulusan di ibu negara semalam.

DBKL roboh kedai vape tanpa kelulusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan sebuah struktur kekal yang menjalankan aktiviti perniagaan rokok elektronik atau vape tanpa kelulusan di ibu negara semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan itu dilaksanakan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

“DBKL bersama rakan agensi sahabat melaksanakan tindakan meroboh sebuah struktur kekal yang menjalankan aktiviti perniagaan vape berserta aksesori setelah premis perniagaan ini telah dikosongkan oleh pemilik dan pemotongan bekalan elektrik dilakukan oleh pihak TNB.

“Operasi penguatkuasaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang bentuk provokasi dari mana-mana pihak. DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, kenyataan itu memaklumkan, DBKL melaksanakan operasi bersepadu merobohkan struktur tambahan kekal penjaja statik tanpa kelulusan di Jalan Sembilang Taman Tenaga, Bandar Tun Razak pada 21 Januari 2026.

Jelas kenyataan tersebut, tindakan penguatkuasaan bersepadu itu dilaksanakan setelah pemilik struktur gagal mematuhi Notis Penguatkuasaan dan Notis Pengosongan Tapak pada 2 September 2025 dan 12 Januari 2026 yang dikeluarkan berkaitan kesalahan

Tambah kenyataan itu, tindakan juga diambil kerana tiada sebarang kelulusan terhadap struktur kekal yang di bina menerusi Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN