fbpx
ANWAR (tengah) bergambar kenangan sempena Majlis Ramah Mesra Masyarakat Tionghua di Dewan Utama SJKC Perting di Bentong hari ini.

Bahasa Melayu kekal teras utama sistem pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kekal menjadi teras utama sistem pendidikan negara.

Bagaimanapun beliau berkata penguasaan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Arab turut diberi perhatian untuk memperkukuh daya saing generasi muda.

“Saya tetapkan dalam negara ini penguasaan Bahasa Melayu yang baik. Kita juga tekankan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa,”katanya sempena Majlis Ramah Mesra Masyarakat Tionghua di Dewan Utama SJKC Perting di sini hari ini.

Pada majlis itu Anwar meluluskan peruntukan berjumlah RM13.5 juta bagi menaik taraf kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perting, termasuk membina sebuah bangunan tambahan enam bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan satu bilik darjah Prasekolah Integrasi.

Menurut Anwar , tumpuan kerajaan bukan sekadar kepada pembangunan fizikal sekolah, sebaliknya menekankan usaha jangka panjang bagi memastikan anak-anak Malaysia mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa.

Beliau memberitahu, sistem pendidikan negara memberi ruang kepada murid di sekolah aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan untuk menguasai bahasa ibunda masing-masing, selagi prinsip Perlembagaan Persekutuan dihormati.

“Sistem negara kita membolehkan anak di SJKC dan SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) menguasai bahasa ibunda mereka, dengan syarat semua menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN