fbpx
YEW SIN (kiri) menjadi pemain terbaharu yang menerima ugutan secara dalam talian. - SHIDDIEQIIN ZON

Yew Sin diugut supaya ‘gantung raket’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin berdepan situasi menakutkan apabila menerima ugutan secara dalam talian selepas tersingkir di pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters semalam.

Yew Sin yang berpasangan dengan Teo Ee Yi berkongsi tangkap layar mesej berbaur ugutan serius itu menerusi laman Instagram selepas tewas 18-21, 15-21 kepada Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Mesej itu tidak boleh dipandang remeh memandangkan ia turut melibatkan ugutan untuk mencederakan Ee Yi sekiranya mereka terus mencatat keputusan mengecewakan.

Kandungan mesej itu berbunyi: “Kalian patut bersara sahaja. Saya akan melakukan apa yang termampu bagi memaksa kamu untuk bersara.

“Sekiranya kamu terus gagal dan tewas kepada lawan yang tidak sepatutnya menjadi masalah, satu hari nanti saya akan datang dan perkara buruk mungkin berlaku.

“Saya akan membawa pisau dan menetak tangan Ee Yi supaya kamu terpaksa menukar pasangan ataupun bersara.”

Kejadian itu merupakan insiden serangan dalam talian terbaharu melibatkan pemain badminton negara dan ia dibimbangi mampu memberi kesan kepada mental pemain-pemain ketika menyertai kejohanan.

Terdahulu, pemain beregu campuran, Toh Ee Wei menerima kecaman daripada netizen ekoran aksi tidak menentu sehingga ada yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI