fbpx
Fahmi ketika sidang akhbar selepas pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional di Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

Wartawan dikasari: Fahmi tunggu laporan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi kini mengumpul maklumat terperinci berhubung dakwaan tindakan seorang pegawai sebuah organisasi yang mengasari seorang wartawan secara terbuka, kelmarin.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau juga akan menghubungi pegawai-pegawai organisasi berkenaan bagi mendapatkan penjelasan tepat tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Selepas itu, saya mungkin akan memberikan sedikit pandangan kepada individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional di sini, hari ini.

Semalam, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJM) mengecam insiden yang berlaku ketika wartawan itu bertanya soalan berhubung satu kejadian di sebuah negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI