fbpx
Tangkap layar rakaman kejadian dimuat naik Caprice di Instagram semalam.

[VIDEO] Pengasuh kurung anak autisme, kepit bayi menangis paksa susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam yang didakwa bertindak kasar terhadap anak asuhan mengundang kemarahan ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi rakaman pertama yang dimuat naik pempengaruh terkenal, Ariz Ramli atau Caprice menerusi Instagram Munafik Hunter semalam, kelihatan seorang wanita dipercayai pengasuh bertindak kasar termasuk membiarkan kanak-kanak autisme bersendirian dalam bilik stor dalam keadaan berbogel.

Selain itu, Caprice turut mendedahkan satu lagi rakaman memaparkan seorang pengasuh wanita memaksa bayi meminum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki selain mengelap wajah anak kecil tersebut dengan kasar menggunakan lampin.

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam untuk pelajar praktikal di taska terbabit sebelum diserahkan kepada Caprice bagi tujuan pendedahan kepada umum.

Pada masa sama, Caprice turut menyebut beberapa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan kapsyen agar isu terbabit dapat diambil tindakan segera.

Dua video yang didedahkan Caprice menerima lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 23 jam. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI