fbpx
MUSIALA kembali beraksi ketika menentang Leipzig minggu lalu selepas berehat lebih enam bulan ekoran kecederaan patah kaki. - AFP

UCL: Musiala masih perlu ‘perlindungan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Legenda Bayern Munich, Arjen Robben menggesa barisan kejurulatihan skuad The Bavaria itu tidak memberi tekanan terhadap Jamal Musiala untuk kembali berada pada tahap terbaiknya selepas lebih enam bulan disisihkan ekoran kecederaan.

Sebagai rekod, Musiala sudah membuat penampilan kompetitif pertama buat skuad kendalian Vincent Kompany ketika membantu pasukan menewaskan Red Bull Leipzig dalam aksi Bundesliga minggu lalu.

Kini, Musiala dijangka terus berada dalam skuad utama Bayern pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Union Saint-Gilles di Allianz Arena, awal pagi esok.

Namun, Robben menekankan masih terlalu awal untuk berikan lebih banyak minit permainan buat Musiala sebaliknya terus beri ruang buat pemain berusia 23 tahun itu mendapat kecergasan penuh.

“Saya harap barisan kejurulatihan Bayern terus bersama kerana anda perlu beri dia masa. Musiala masih muda dan baru pulih daripada kecederaan serius.

“Saya harap tiada pihak yang menilai dia selepas beberapa perlawanan perlawanan. Kita semua mahu melihat dia kembali berada pada tahap terbaik dan saya percaya dia memiliki mentaliti yang luar biasa untuk bangkit,” katanya.

Kehadiran Musiala dijangka menambah sengat jentera serangan Bayern yang kini dibarisi oleh pemain berpengaruh seperti Luis Díaz, Serge Gnabry, Lennart Karl dan Michael Olise selain penyerang utama, Harry Kane.

Musiala sebelum ini disahkan patah kaki pada aksi suku akhir Piala Dunia Kelab 2025 menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada Julai lepas selepas diterjah penjaga gol lawan, Gianluigi Donnarumma sehingga terpaksa menjalani pembedahan segera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN