fbpx
Gambar hiasan

‘Tiada pihak boleh ambil Malaysia hanya dengan tarif 19 peratus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi jaminan akan mempertahankan kedaulatan negara dalam isu membabitkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS)

Menurut beliau, antara isu yang timbul membabitkan ART adalah tentang dakwaan perjanjian tersebut menyebabkan Malaysia terpaksa tunduk kepada AS dalam soal penerimaan pelaburan dari negara lain.

“Saya bagi satu contoh dalam hal ini sebab ia dalam konteks ekonomi. Jadi apa yang berlaku? Kamu (Malaysia) sudah tandatangani dengan AS, kemudian mana-mana negara saya (AS) tak suka, kami (Malaysia) kena ikut. Tidak. Dia (AS) punya konteks adalah dia tidak mahu ada diskriminasi kepada mereka.

“Sekiranya kita bawa pelaburan baharu, kita kena lihat orang yang dah datang awal. Macam di Pulau Pinang banyak pelaburan oleh AS. Lepas itu kita bawa lagi satu negara lain datang dan kita bagi dia (pelabur baharu) semua insentif yang lebih baik berbanding mereka (AS)

“Jadi dia (AS) rasa macam dia terjejas. Jadi perkara-perkara ini yang perlu kita ‘define” supaya kita tidak ada perbezaan dalam segi konteks ekonomi dengan AS,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengapa ART dimeterai secara tergesa-gesa sebelum ini tanpa melalui proses yang sewajarnya.

Johari menerangkan, AS adalah sebuah negara dengan saiz ekonomi yang amat besar diikuti oleh China, maka Malaysia seharusnya mampu mengadakan rundingan dengan mereka.

Bagaimanapun, katanya, dalam soal kedaulatan, semua pihak termasuk di barisan kerajaan mahupun pembangkang akan memastikan tidak pihak boleh mengambil alih Malaysia hanya dengan bayar 19 peratus sahaja.

“Jadi itu saya punya komitmen kepada Yang Berhormat. Nanti bila saya dah ada ‘proposal’ ini kita duduk bincang. Yang berhormat jangan tak datang,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa, Johari berkata, Malaysia berdepan risiko kehilangan daya saing eksport ke AS jika gagal memuktamadkan perjanjian tarif.

Menurut beliau, dalam kalangan negara ASEAN, terdapat beberapa negara enggan menandatangani perjanjian berkaitan dengan AS, sekali gus dikenakan tarif tinggi.

Kata beliau, antaranya Kemboja dan Myanmar yang masing-masing dikenakan tarif 40 peratus, manakala Brunei tidak berminat untuk berunding kerana jumlah perdagangan dengan AS yang kecil.

Tambah beliau, Vietnam dikenakan tarif 20 peratus, sementara empat negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand dalam kategori tarif 19 peratus yang masih dalam proses meratifikasi perjanjian.

Ujar beliau, jika Malaysia dilihat langsung tidak mahu berunding boleh dikenakan tarif 40 peratus dan kesannya sangat besar kepada eksport Malaysia ke AS.

Johari berkata, sepanjang tahun 2025, nilai eksport Malaysia ke AS mencecah RM233 bilion dengan RM228 bilion daripadanya terdiri daripada barangan pembuatan.

Katanya, industri-industri yang telah lama di Malaysia selama lebih 20 itu akan berpindah secara berperingkat apabila tiba-tiba pelabur terpaksa menanggung tarif 40 peratus.

Mengulas sektor semikonduktor, beliau menegaskan Malaysia merupakan pengeksport terbesar dunia bagi produk semikonduktor ke AS dengan nilai eksport mencecah AS$13 bilion.

Kata beliau, jika semikonduktor Malaysia menjadi lebih mahal kerana tarif tinggi, pembeli di AS akan beralih kepada negara lain yang lebih kompetitif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN