fbpx
Laporan Kosmo! Online berkaitan taska tular didakwa mengurung kanak-kanak autistik.

Taska tular kurung anak autistik tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tiga buah pusat penjagaan kanak-kanak yang beroperasi di Shah Alam dan Prima Puchong yang tular ekoran didakwa mengurung kanak-kanak autistik dilaporkan tidak berdaftar sebagai operator taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, selain itu, premis di pusat penjagaan tersebut juga berada dalam keadaan yang tidak memuaskan, tidak kondusif dan tidak memenuhi ciri keselamatan yang sewajarnya.

JKM berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan di tiga lokasi terbabit setelah menerima beberapa aduan awam melalui klip video berhubung dakwaan pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

“Hasil siasatan mendapati pusat berkenaan menjalankan operasi penjagaan kanak-kanak merangkumi pelbagai kategori iaitu melibatkan kanak-kanak taska, tadika serta perkhidmatan pemulihan dan terapi kepada kanak-kanak orang kurang upaya.

“Ketiga-tiga pusat tersebut tidak berdaftar sebagai operator taska dan JKM Selangor akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan tindakan LAK ke atas ketiga-tiga pusat berkenaan,” katanya hari ini.

Bagi kes penderaan pula, JKM berkata, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan kini berada di bawah siasatan.

“JKM Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“JKM ingin menegaskan bahawa aspek keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak merupakan keutamaan tertinggi dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam didakwa mengurung seorang kanak-kanak autistik dalam bilik stor selain memaksa seorang bayi minum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki.

Rakaman kejadian itu didedahkan Caprice menerusi Instagram Munafik Hunter telah mencetuskan desakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN