fbpx
Muhammad Hazim masih memerlukan bantuan oksigen di sebuah hospital di Krabi, Thailand.

Pemuda nahas Krabi perlukan RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang rakyat Malaysia yang koma di sebuah hospital di Krabi, Thailand selepas terlibat kemalangan de­ngan sebuah lori di negara jiran itu pada 31 Disember tahun lalu, memerlukan RM80,000 untuk dibawa pulang.

Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, kini masih dirawat di hospital itu susulan kecederaan parah di bahagian kepala.

Ibunya, Rozina @ Norhafizah Abdul Rajad, 51, berkata, kea­daan anaknya kini stabil, namun masih memerlukan bantuan oksigen berterusan serta rawatan susulan termasuk pembedahan pembaikan tulang muka.
“Pihak hospital membenarkannya dihantar pulang ke sini untuk rawatan, namun saya perlu menyelesaikan bil rawatan yang kini sudah lebih RM80,000.

“Saya tidak minta apa-apa selain peluang untuk membawa anak saya pulang untuk dirawat di tanah air,” katanya selepas bertemu Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau di Bukit Mertajam di sini.

Sementara itu, Sui Hau berkata, pihaknya bersetuju untuk membantu mangsa memandang­kan keluarganya hanya mempu­nyai pendapatan sederhana.

Katanya, Muhammad Hazim hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan sekitar RM2,500 sebulan, manakala abangnya yang bertugas seorang juruteknik kilang pula kini berada di Krabi bagi menguruskan perihal adiknya itu.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan derma boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare menerusi nombor akaun 3201428817. Sumbangan juga boleh disa­lurkan menerusi laman web rasmi www.onehopecharity.org. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN