fbpx

Saya idam jodoh cantik, tinggi dan ‘free hair’ – Meerqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Meerqeen mengakui memiliki kriterita tersendiri dalam mencari pasangan hidup selain menegaskan adab serta penghormatan terhadap keluarga menjadi keutamaan dalam soal jodoh.

Ujar Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, rupa paras bukanlah segala-galanya meskipun dia mengakui tertarik dengan wanita tinggi dan jelita.

“Kalau tanya tentang kriteria, saya suka perempuan tinggi serta berwajah cantik. Saya juga minat wanita ‘free hair’

“Tetapi paling utama, dia perlu tahu menghormati keluarga saya kerana saya juga akan menghormati keluarga dia,” katanya dalam sebuah audio siar.

Pun begitu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu juga menegaskan soal penampilan bukan ukuran mutlak dalam membina hubungan serius.

“Tetapi sejujurnya soal betudung atau tidak, saya okey sahaja.

“Paling penting, adab serta cara membawa diri,” jelasnya.

Perkongsian jujur bekas peserta Hero Remaja itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata menasihatinya agar terus memperbaiki diri dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.

“Jodoh cerminan diri sendiri, perbaiki diri dulu insya-Allah datang tepat pada masanya. Allah sudah atur cantik-cantik,” tulis seorang netizen.

“Apa pun pilihan, asalkan bahagia dan berpautlah pada jalan Allah, kena jaga solat dan bimbing isteri dengan baik,” komen pengguna media sosial.

“Cantik bukan segalanya, tak kisah rupa, yang penting adab. Setuju sangat,” ujar peminat.

Namun, terdapat juga segelintir netizen memberi pandangan berbeza, namun kebanyakannya menganggap luahan pelakon itu sebagai pandangan jujur seorang anak muda tentang cinta dan masa depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN