fbpx
Fadhlina pada sidang akhbar selepas Program PAKAT Prasekolah peringkat negeri di JPN Kedah di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

RPN 2026-2035 perkasa pendidikan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pendidikan khas turut diperkasakan dalam Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 bagi memperkukuhkan pembelajaran murid berkeperluan khas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kurikulum baharu dirangka bagi menyokong keperluan murid terlibat melalui pendekatan lebih menyeluruh.

Katanya, kebanyakan sekolah baharu tidak mempunyai masalah berkaitan penyediaan prasarana bagi murid pendidikan khas, namun isu itu masih perlu diteliti dan diselesaikan di sekolah-sekolah lama.
“Selain itu, tumpuan diberikan kepada penambahan guru dan pembantu murid untuk menyokong keperluan pendidikan khas ini.

“Kita lihat trend setiap tahun, peningkatan 20 peratus kemasukan anak-anak keperluan pendidikan khas. Jadi kita lihat ada keperluan mendesak untuk membuat perluasan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Program PAKAT Prasekolah peringkat negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan murid berkeperluan khas tidak ketinggalan dalam pelaksanaan kurikulum baharu di bawah RPN berkenaan.

Selain itu, menurut Fadhlina, sebuah sekolah sukan pendidikan khas dijangka siap tidak lama lagi dan bakal menjadi platform penting bagi mencungkil potensi serta bakat murid berkeperluan khas dalam bidang sukan.

Pembinaan sekolah berkenaan di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan merupakan antara komitmen Kementerian Pendidikan untuk memastikan sukan dibudayakan seiring dengan perkembangan semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI