Mana lebih besar kesalahannya, menerima rasuah atau memberi rasuah? Bagi sebahagian besar daripada kita akan menyatakan, kedua-dua kesalahan itu adalah sama besar dan mereka yang terlibat sama ada yang memberi atau menerima wajar dihukum dengan hukuman yang berat. Kalau tiada yang memberi, masakan akan ada pihak yang menerima. Atau mungkin juga, kalau tiada yang meminta, maka tiadalah pihak yang akan memberi atau terpaksa memberi. Yang memberi mahu pihak yang disuap menggunakan kuasa yang ada untuk membolehkan mereka membolot atau memperoleh……














