SHAH ALAM – Sindiket dadah kini semakin licik apabila menjadikan golongan muda yang menghisap vape sebagai sasaran mengaut keuntungan menerusi penjualan bahan terlarang itu yang dicampur ke dalam cecair berperisa. Situasi itu terbukti apabila berlakunya lonjakan drastik rampasan dadah melibatkan cecair vape di seluruh negara berikutan permintaan tinggi di pasaran. Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan yang berkata, sebanyak 92 kes direkodkan dengan jumlah rampasan cecair vape sebanyak 62,680 mililiter (ml)……














