fbpx
PARA peserta ketika dilepaskan bagi memulakan acara larian Twincity Marathon hujung minggu lalu.

Lebih 21,000 peserta meriahkan Twincity Marathon 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Acara larian pertama 2026, Twincity Marathon menunjukkan peningkatan dari segi penyertaan apabila berjaya menarik lebih 21,000 peserta.

Ia menyaksikan peningkatan lebih 50 peratus peratus berbanding 13,000 peserta pada penganjuran tahun lalu.

Acara yang berlangsung di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya hujung minggu lalu itu menawarkan enam jarak larian, termasuk 3 kilometer (km), 5km, 10km, 12km, 21km dan 42km.

Penganjur kejohanan, Mohd. Bukhari Ismail berkata, penyertaan luar jangka membuktikan bahawa Twincity Marathon semakin mengukuhkan namanya sebagai salah satu acara larian terkemuka.

“Kami membuka pendaftaran bagi semua kategori seawal Jun 2025 dengan sasaran awal adalah sebanyak 18,000 penyertaan. Kami terpaksa menutup penyertaan pada November sebaik sahaja penyertaan melebihi 21,000 orang.

“Jumlah ini menunjukkan bahawa jenama Twincity Marathon semakin kukuh sebagai salah satu acara larian maraton yang terkemuka di negara ini,” katanya.

Bagi jarak larian 12km, 21km dan 42km, ia terbahagi kepada dua kategori, iaitu terbuka melibatkan peserta berusia 16 hingga 39 tahun serta veteran 40 tahun ke atas.

Pemenang bagi acara 42km terbuka lelaki adalah pelari tempatan, Muhamad Haziq Hamzah yang melakukan catatan masa 2 jam 41 minit 41 saat (s) manakala kategori wanita dimenangi Noor Pamela Musa selepas mencatat 3’13:05s.

Sebagai rekod, acara maraton anjuran Ten Senses (M) Sdn. Bhd. itu sudah memasuki edisi ke-11 sejak pertama kali dianjurkan pada 2014.

“Persekitaran di Putrajaya dan Cyberjaya yang memiliki pelbagai daya tarikan menjanjikan pemandangan indah kepada setiap peserta sepanjang melakukan larian.

“Lebih menarik, lebih daripada 85 peratus peserta berjaya menamatkan larian mengikut masa yang ditetapkan untuk acara masing-masing,” ujar Bukhari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN