BERBEKALKAN kreativiti dan keberanian mencuba, sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila inovasi mereka, pinggan mesra alam berasaskan daun serai meraih pingat emas dalam pertandingan inovasi International Science and Invention Fair (ISIF) 2025 di Bali, Indonesia baru-baru ini. Walaupun hanya menggunakan bahan utama yang mudah didapati iaitu daun serai, pelajar tingkatan dua hingga tingkatan empat itu bersama dua guru pembimbing mereka, Noor Shariffah Mohd. Jaafar, 42,……














