fbpx
Tangkap layar CCTV menunjukkan suspek mencuri secara berseorangan. - Instagram

Harapkan pagar, pagar kena ‘rembat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki di Cipayung, Jakarta Timur mencuri pagar besi sebuah rumah pada waktu siang, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku petang semalam di rumah yang terletak di belakang sekolah rendah.

Dalam video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki tersebut pada mulanya meletakkan motosikal di tepi jalan.

Dia kemudian dilihat meninjau keadaan sekeliling bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum mula mencuri.

Lelaki tersebut seterusnya mencabut pagar besi rumah sebelum dia melarikan alat itu dengan menaiki motosikal.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cipayung, Inspektor Pertama Edy Handoko berkata, pasukannya kini sedang menjalankan siasatan bersama penyiasat dari Polis Metro Jakarta Timur.

“Polis sedang memburu suspek, manakala identitinya sedang disahkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN