fbpx
Gambar hiasan

Gaji seminggu lagi, baki RM20…tolong cadangkan ‘menu rahmah’ 4 beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Gaji masih seminggu lagi, baki gaji suami tinggal RM20. Tolong cadangkan menu rahmah untuk empat beranak.”

Itu luahan seorang wanita di media sosial yang mencuri perhatian ramai apabila berkongsi situasi kewangan keluarganya yang terpaksa berjimat ketat sehingga hujung bulan.

Menerusi hantaran pengguna Facebook, Athilya, wanita berkenaan memaklumkan dia perlu menyediakan makanan untuk suami dan dua orang anak dengan baki wang yang sangat terhad, sekali gus mengharapkan cadangan menu murah, tetapi mengenyangkan.
Perkongsian itu pantas menerima ratusan komen daripada netizen yang tampil memberi idea masakan.

Antara menu yang dicadangkan termasuk nasi putih bersama telur dadar, sup sayur dan sambal belacan, mi goreng ringkas, bubur nasi, sardin masak bawang, telur masak kicap serta kobis goreng.

“RM20 boleh bertahan kalau pandai susun menu. Telur dan sayur dulu, insya-Allah cukup,” kata Hayati.

Seorang lagi netizen mencadangkan agar wanita itu membeli bahan asas di kedai runcit berbanding pasar raya serta memasak sekali gus untuk dua hari bagi menjimatkan perbelanjaan.

“Akak beli ikan kembung 10 ekor, telur 10 biji dan sayur. Akak masak untuk seminggu siap-siap, saya pernah buat macam ini, lebih jimat sebab kita dah kawal kuantiti lauk ikut hari,” cadang Fatin Noor.

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang menawarkan bantuan dengan meminta wanita tersebut menghubungi mereka secara peribadi.

“Pernah berada di situasi sama. Jangan malu, kami sedia bantu,” tulis pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN