fbpx
Keratan Kosmo! Online berhubung kejadian tersebut.

Dakwaan dera murid: Al Kauthar Eduqids sedia saluran aduan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu Pejabat Al Kautharf Eduqids (AKE – HQ) telah mengambil tindakan segera berhubung satu insiden yang dilaporkan berlaku di salah satu cawangan mereka, susulan dakwaan pengasuh mendera murid yang menjadi perhatian awam.

Menurut kenyataan rasmi AKE – HQ, pihak pengurusan telah menyegerakan siasatan dalaman sejurus menerima laporan tersebut serta memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

Kenyataan itu turut memaklumkan, salinan rakaman CCTV kejadian juga telah diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Sebagai langkah awal, AKE – HQ juga telah mengaktifkan saluran aduan rasmi, [email protected] sekiranya wujud insiden yang sama dimana-mana premis di bawah jenama AKE.

“Kami memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan “ jelasnya.

Pihak AKE – HQ juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“AKE – HQ sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sebagai keutamaan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi AKE – HQ @ jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam yang didakwa mengurung seorang kanak-kanak autisme dalam bilik stor serta memaksa seorang bayi meminum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Rakaman kejadian itu didedahkan Caprice menerusi Instagram Munafik Hunter dan meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam, selain mencetuskan desakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengasuh dan pengurusan taska terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI