fbpx
Azam ketika ditemui pada Majlis Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Maca, Bandar Enstek Nilai, hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Ubah wang haram: 9 individu di IJM termasuk Tan Sri dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Sembilan individu termasuk dua pengurusan tertinggi IJM Corporation Bhd. (IJM) dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 bilion.

Difahamkan individu berkepentingan yang dipanggil termasuk seorang pengurusan tertinggi bergelar Tan Sri dan seorang penasihat syarikat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mereka hadir memberi keterangan pada pukul 10 pagi tadi dan tiada sebarang tangkapan akan dibuat.

“Sekarang kita memang menjalankan siasatan terhadap beberapa dakwaan melibatkan sektor korporat, namun terlalu awal untuk memberi sebarang komen. Kita akan menyiasat perkara ini.

“Sekiranya ada kes kita akan teruskan siasatan lebih lanjut. Jika tiada kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), Bandar Enstek, di sini hari ini.

Azam meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau persepsi negatif berhubung siasatan kes tersebut memandangkan ramai yang membuat dakwaan terutama di blog dengan sebahagiannya tidak tepat.

Semalam media melaporkan, SPRM sedang menumpukan perhatian terhadap dakwaan membabitkan syarikat IJM berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI