fbpx
Gambar hiasan.

Mahu baiki tangki air rosak, tapi bilik tidur pula bersepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Helah seorang ibu tunggal yang memberi alasan meminta bantuan pasangannya untuk membaiki tangki airnya yang rosak ketika merek ditemui berdua-duaan tidak menjadi ketika mereka dicekup berkhalwat awal pagi semalam.

Serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima aduan daripada penduduk yang curiga dengan kehadiran seorang lelaki ke rumah wanita terbabit.

Jurucakap JAINJ berkata, ketika serbuan, pintu rumah hanya dibuka selepas lima minit diketuk sebelum wanita berusia dalam lingkungan 40-an muncul dengan berpakaian mencolok mata, manakala lelaki dipercayai pasangannya turut ditemui di dalam rumah sama.

“Lelaki berusia 40-an itu mendakwa datang untuk membaiki tangki air yang rosak dengan menunjukkan peralatan seperti spanar dan gam sebagai ‘bukti’. Namun alasan itu gagal meyakinkan penguat kuasa apabila pemeriksaan mendapati keadaan bilik tidur bersepah.

“Pasangan itu mengaku bukan pasangan suami isteri dan bakal bertunang, malah lelaki tersebut dikatakan masuk ke rumah berkenaan sejak pukul 9 malam,” katanya.

Difahamkan, wanita itu merupakan janda, manakala pasangannya bekerja sambilan sebagai tukang paip dan tinggal bersama keluarga kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Susulan itu pasangan terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana berkhalwat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI