fbpx
AWAL mendedahkan pernah berbincang soal menambah cahaya mata dengan isterinya, Scha. - AMIR KHALID

‘Saya bukan muda lagi, anak kena sedia dapat adik baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak menolak, pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari mengakui teringin untuk menambah bilangan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Haji Ashaari, 44, menegaskan keputusan tersebut perlu mengambil kira faktor usia, kewangan serta kesediaan anak-anaknya.

“Memang ada keinginan (anak). Kita sebagai manusia, macam Scha (isteri) cakap faktor umur, kewangan dan kesesuaian kena tengok sebab kami pernah ada anak yang jaraknya jauh.

“Bukan kita saja yang bersedia, anak-anak kita pun kena bersedia untuk tiba-tiba menyambut kedatangan seorang lagi adik baharu. Saya pun bukan muda lagi.

“Tidak menolak, kalau ada alhamdulillah. Kadang nak kata faktor umur, ada orang berumur dikurniakan rezeki (anak). Kalau tanya saya, satu lagi pun seronok juga,” katanya kepada Kosmo! Online ketika majlis pelancaran koleksi beg terbaharunya, The Nexx , semalam.

Dalam masa sama, pelakon filem Impak Maksima itu mendedahkan perkara tersebut turut dibincangkan bersama suri hatinya yang juga pelakon Scha Alyahya, terutamanya melibatkan persediaan fizikal isterinya itu sebagai seorang wanita.

“Ada bincang, hujung tahun hari itu pun Scha tanya kita macam mana betul ke nak sebab sebagai wanita dia kena bersedia dengan vitamin, tak boleh terlalu lasak, dia kan pergi gimnasium dan buat senaman intensif.

“Kalau nak (anak), kena cakap betul-betul sebab dia nak rancang rutin dia. Apa pun bergantung kepada rezeki,” jelasnya.

Selain itu, Awal juga mengakui dirinya lebih gemar melayan bayi berbanding Scha yang selesa dengan anak-anak yang sudah besar.

“Saya suka budak-budak, berbeza dengan Scha. Dia suka anak yang dah besar, boleh susun atur mereka.

“Tapi saya suka bayi, boleh gomol, main, geletek atau tiup-tiup perut dia. Sekarang bila tak ada benda nak buat, saya macam apa nak buat,” selorohnya.

Sementara itu, pemilik nama lengkap Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, mempunyai keinginan sama tetapi faktor usia menjadi pertimbangan utama sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya dah banyak kali bercakap dengan Awal isu ini di mana saya pun kadang-kadang teringin (tambah anak).

“Tapi saya dah menjangkau usia 40-an, saya rasa kalau ada rezeki saya tak menolak tapi saya tidak mencubalah sangat.

“Kalau ada, ada. Saya reda saja kalau tak ada, tidak mahulah kata tutup kilang, cuma tengok umur macam boleh lagi ke?,” tuturnya.

Untuk info, Awal mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan dikurniakan dua orang anak iaitu Lara Alana, 12, dan Lyla Amina. 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN