fbpx
Mohd. Daud (dua dari kanan) dan Muhamad (dua dari kiri) di samping peguam masing-masing selepas proses mediasi di Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Saman fitnah pemilik KDA FC terhadap SUA MB Kedah diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kes saman fitnah pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar (MB) Kedah, Muhamad Mat Yakim diteruskan.

Ia selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dalam proses mediasi yang berlangsung di Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Peguam Mohd. Daud selaku plaintif, Ashraf Sohaimi berkata, prosiding kes berkenaan akan bermula pada Julai depan dengan tarikh yang akan ditetapkan oleh mahkamah kelak.

“Mediasi tidak berjaya dan kes ini akan diteruskan dengan perbicaraan pada Julai depan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini hari ini bersama Mohd. Daud.

Terdahulu, proses mediasi berlangsung hampir dua jam antara kedua-dua pihak termasuk Muhamad yang hadir bersama peguamnya, Abdul Hadi Ahmad di mahkamah berkenaan.

Mohd. Daud menamakan Muhamad sebagai defendan tunggal serta menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk dan teladan terhadapnya.

Menjelaskan lanjut, Ashraf berkata, anak guamnya memfailkan saman pada Oktober tahun lalu terhadap Muhamad susulan satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi fakta tidak tepat pada 29 Jun.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, anak guamnya sudah bersedia untuk menghadapi perbicaraan kes saman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI