fbpx
Manisha Murugan dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 23 November 2025.

Remaja perempuan 15 tahun dilapor hilang di Serendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tok Pinang, Serendah di sini sejak November lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit kira-kira pukul 4.36 petang semalam.

“Orang hilang dikenali sebagai Manisha Murugen, 15, yang dilaporkan keluar dari rumah di Kampung Tok Pinang, Serendah pada 23 November 2025 kira-kira pukul 9 pagi dan tidak pulang sehingga kini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang hilang berkulit gelap, berambut hitam paras bahu dan ketinggian tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, pakaian terakhir yang dipakai mangsa sebelum dilaporkan hilang ialah baju t-shirt berwarna hitam dan putih tidak berkolar berlengan pendek serta berseluar jeans panjang berwarna biru.

Sehubungan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 03-6064 1222 atau menghubungi Balai Polis Serendah di talian 03-6081 1222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI