PETALING JAYA – Ujian penilaian atau peperiksaan akan diperkenalkan untuk murid tahun empat sekolah rendah bermula tahun ini.
Perdaha Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penilaian itu akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.
Menurutnya, ia merangkumi bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala untuk tingkatan tiga meliputi subjek sejarah bermula 2027.
“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.
“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini. – KOSMO! ONLINE














