fbpx
Satu mayat ditemui dalam keadaan separa reput di ladang sawit di Kampung Mengkarak di Bera.

Mayat lelaki separa reput dijumpai di ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan separuh reput di sebuah ladang sawit di Kampung Mengkarak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 10 pagi sebelum anggota Balai Polis Mengkarak dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bera digerakkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati, terdapat satu mayat dipercayai lelaki dalam keadaan separa reput. Polis tidak menjumpai sebarang penemuan yang menjurus kepada perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat. Punca kematian dan identiti si mati masih dalam siasatan. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Sehubungan itu, kami memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI