fbpx
Gambar hiasan.

Jumlah perdagangan RM3 trilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan trend perdagangan positif tahun lalu apabila jumlah jumlah perdagangan mencecah RM3 trilion iaitu tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian buat pertama kali itu adalah hasil hubungan perdagangan yang baik dengan rakan dagang utama termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan China.

Malah kata Anwar, ia turut disumbang oleh kejayaan negara yang berjaya meneroka rantau dan kawasan baharu bagi meningkatkan pasaran perdagangan.

“Sejarah tercipta, dengan jumlah perdagangan untuk 2025 mencecah RM3 trilion buat pertama kali.

“Jadi sebab itu saya rumuskan perlunya penjelasan dasar, disiplin dan tatakelola yang baik dan meneroka pasaran baru,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai langkah kerajaan bagi mendepani ketegangan di peringkat global.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, maklumat terperinci mengenai kejayaan itu akan diumumkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN