fbpx
Mohamad Hasan, ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan SK Senawang Tahun 2026, hari ini.-Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Isu Gaza dibawa ke Kabinet Jumaat ini – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN — Kerajaan akan membawa isu penubuhan Lembaga Keamanan Gaza ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini bagi menentukan pendirian dan peranan Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada pembelaan nasib rakyat Palestin serta penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia menegaskan sebarang penglibatan dalam inisiatif antarabangsa berkaitan Gaza harus berpaksikan kepada keselamatan, perlindungan dan kebajikan rakyat Palestin, khususnya dalam situasi kemanusiaan yang semakin meruncing ketika ini.

Katanya, kerajaan mengambil maklum penubuhan lembaga yang diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat bersama sokongan beberapa negara termasuk Turki, Mesir dan Qatar, namun menegaskan pendekatan Malaysia kekal berhati-hati kerana badan tersebut tidak berada di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Perkara ini akan dibentangkan kepada Kabinet bagi menilai pelan tindakan dan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Prinsip kita jelas, yang utama ialah nasib rakyat Palestin,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Senawang di sini, hari ini.

Mohamad berkata, selagi inisiatif itu berupaya menghentikan kekejaman, menjamin keamanan rakyat Palestin serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan, Malaysia bersedia menilai secara terbuka dan berprinsip.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI