KEHIDUPAN berumah tangga ada pasang surutnya, tidak semuanya manis seperti yang sering dipaparkan di media sosial atau drama televisyen. Realitinya, perkahwinan adalah satu perjalanan panjang yang menuntut kesabaran, persefahaman dan pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak. Cabaran rumah tangga menjadi semakin kompleks apabila tekanan ekonomi, tuntutan kerjaya dan perubahan nilai sosial mula mempengaruhi keharmonian hubungan suami isteri. Faktor-faktor itu sering menjadi pencetus kepada konflik yang berlarutan dan jika tidak ditangani dengan bijak, ia boleh membawa kepada perceraian. Berdasarkan Statistik Perkahwinan, Perceraian……














